Monday 26 October 2015

Filled Under:

Masih Ingat 2 Beranak Yang Tinggal Dalam Hutan Selama 40 Tahun ??? Jom Layan Foto Terbaru Kehidupan Mereka


 Se0rang bapa dan anaknya ditemui tinggal di dalam hutan di Vietnam 40 tahun selepas mereka menghilangkan diri ketika perang negara itu dengan Amerika Syarikat...

Ho Van Thanh dan anaknya H0 Van Lang melarikan diri dari kampung mereka selepas serangan bom Amerika Syarikat membunuh tiga angg0ta keluarga mereka...

Mereka ditemui penduduk tempatan yang mencari kayu api jauh di dalam hutan di daerah Tay Tra di wilayah Quang Ngai...

Pihak berkuasa semalam mengesahkan lelaki itu ialah Ho Van Thanh, 82 dan anaknya, H0 Van Lang, 41...

Lelaki tua itu menjalani kehidupan n0rmal bersama keluarganya di Tra Kem ketika Perang Vietnam...


Bagaimanapun, selepas letupan b0m meragut nyawa isteri dan dua anak lelakinya yang lain, dia melarikan diri dengan membawa anaknya berusia dua tahun ke dalam hutan dan sejak itu tidak pernah berhubung dengan manusia lain...

Mereka hidup dengan memakan buah hutan serta menanam jagung dan membuat pakaian daripada kulit kayu serta tinggal di pondok yang dibina lima meter di atas p0k0k. ...















0 comments:

Post a Comment