Thursday 22 October 2015

Filled Under:

Parah !!! Pengguna Vape Berhijab Terima Cemuhan S3ks Di Internet (VIDEO)


 Berpakaian sopan menutup aurat bukan penghalang Mas N0rnabila Syafiqa M0hd Satar menghembuskan wap r0kok elektrik yang terhasil daripada cecair yang mempunyai pelbagai perisa....

Gelagat Nornabila, 20, mudah mengundang sikap tidak senang masyarakat sekeliling yang rata-ratanya menganggap gadis menghisap vape, nama lain rokok elektrik, tidak s0pan....

“Saya tidak kisah,,, sudah lali dengan cemuhan 0rang,” katanya dengan ketawa kecil ketika dihubungi ProjekMMO....

Bekerja dengan keluarga yang menjual vape, beliau tidak segan-segan memuatkan f0t0-fotonya menghisap rokok elektrik di laman-laman sosial Instagram dan Facebook miliknya....

Tetapi pengguna media sosial melihat sebaliknya. Nornabila memberitahu dirinya dikritik hebat di Internet, termasuk gangguan seksual, hanya kerana imejnya yang bertudung....

 “Setakat ini tidak ada masyarakat yang tegur saya secara berdepan. Sebaliknya mereka hanya berani memaki dan mengeluarkan kata-kata bernada seks,” kata ibu tunggal ini, yang mula mengenakan hijab sejak dua bulan lalu....

Hal-hal keluarga dan peribadinya turut diungkit, tambahnya....

“Ada yang suruh saya bertaubat dan menanggalkan hijab jika mahu terus menghisap vape,” katanya, yang menetap di Sungai Petani, Kedah....

Nornabila, yang sedang cuba berusaha menghentikan tabiat r0k0k bertembakau, membantu perniagaan keluarga menjual cecair vape “Fleet F0xes”...

Selain cawangan perniagaan di Sungai Petani, keluarga ini memiliki dua cawangan lagi di Shah Alam....

Cecair vape mengandungi empat bahan utama iaitu air, minyak sayuran, nikotin dan perisa. Ada juga cecair yang bebas nik0tin....

 Seorang lagi penjual vape Wan Natasha Atiqah R0mzi, 21, berkata walau kandungan kimianya tidak seperti rokok biasa, pengguna tetap perlu menghormati kepekaan masyarakat dengan tidak menghembuskan kepulan tebal sesuka hati....

“Jangan ambil kesempatan dengan menghisap vape di tempat yang tidak sepatutnya seperti panggung wayang, pusat membeli-belah atau di hadapan kanak-kanak dan orang tua,” katanya....

“Jika mahu dihormati, kita kena tunjukkan dahulu rasa hormat kepada mereka yang tidak menghisap vape....”

Bersama rakan-rakannya, gadis genit yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran cecair rokok elektrik “Liquid Factory” memuatkan klip video di YouTube untuk memberi kesedaran kepada penghisap vape....

Klip berjudul “Typical Malaysian Vapers” yang dimuatnaik sejak Ogos lalu mendapat sambutan dengan hampir 300,000 t0nt0nan....

 “Ada yang k0men: ‘ini nak jual vape ke pel@cur?’ Ada juga yang kata, ‘tidak manis kalau perempuan begini, lebih baik duduk di dapur’....

“Kalau baca komen di laman sosial, memang sakit hati dan rasa hendak menangis sehingga ada rakan yang terpaksa menutup semua laman akaun Instagram dan Facebook kerana tidak tahan dengan gangguan sebegitu,” katanya kepadaProjekMMO baru-baru ini....

Seperti Nornabilah, beliau juga berkata kebanyakan kata-kata negatif disampaikan melalui Internet dan bukannya disampaikan secara bersemuka....

“Mungkin kerana saya tidak bertudung, mewarnakan rambut dan berpakaian begini (gaya kontemporari), jadi saya tidak menerima kecaman hebat daripada masyarakat,” katanya bersel0r0h....








0 comments:

Post a Comment